Hiburan

Aliff Syukri Kena Serang Dengan Netizen – ‘Kau Dah Bercerai Ke?’

1.19KViews

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri antara individu yang turut terkena tempias berhubung kontroversi pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega.

Bukan Alif Teega tapi Aliff Syukri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, salah seorang pengikut usahawan tersebut telah mengajukan soalan tentang status perhubungan antara Alif Teega dengan isteri pertamanya Aisyah Hijanah.

Alif Syukri kau dah bercerai dengan Aisyah Hijanah ke?

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman kemudian tampil menjelaskan bahawa dia bukan Alif Teega dan sama sekali tidak mengetahui tentang isu rumah tangga pempengaruh berkenaan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Bukan saya, itu Alif Teega saya pun tak kenal. Bukan aku salah orang ni.

Cuba beritahu apa punca perceraian mereka? Saya betul-betul nak tahu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat usahawan berusia 34 tahun itu selain memuji dirinya yang setia dan tidak pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga.

Aliff Syukri walaupun macam ini, dia tak pernah duakan isteri dia.

Alif ni sayang anak bini walaupun kadang-kadang loqlaq.

Alif ni banyak je kontroversi tapi dia masih setia dengan yang satu, mantap.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.

 

Leave a Reply