Hiburan

“Tak Boleh Fikir Pun..” – Kim Goeun Dedah Takut Nak Jumpa Orang Selepas Kejayaan ‘Goblin’, Tapi Kenapa?

119Views

Kalau cakap pasal K-Drama popular, pasti ramai yang akan sebut “Goblin” kan?

Baru-baru ini, Kim Go-eun telah muncul sebagai tetamu di rancangan YouTube penyanyi Jung Jae-hyung, di mana wanita itu ada bercakap tentang salah satu dramanya yang paling popular iaitu “Goblin”.

Meskipun drama tersebut meraih kejayaan secara global, Kim Go-eun akui bahawa dia tidak dapat menikmati sepenuhnya rasa gembira pada ketika itu. Kongsinya,

Sebenarnya, saya mengalami keletihan (burnout) selepas ‘Goblin’. Saya juga mula takut berada di sekeliling orang jadi, saya tidak dapat bertemu sesiapa pun. Kerana itu, saya tidak dapat berfikir pun untuk memulakan projek lain.

Sambungnya lagi,

Tetapi satu hari nanti, saya sedar bahawa saya tidak boleh kekal seperti itu jika saya mahu terus berlakon. Jadi, saya memilih projek seterusnya, ia adalah ‘Sunset in My Hometown’ pada 2018.

Jelas pelakon berusia 32 tahun itu lagi,

Filem itu membantu saya menghilangkan semua perasaan negatif yang saya miliki, yang merupakan sesuatu yang sangat saya inginkan. Saya gembira kerana membuat pilihan untuk menyertai mereka.

Bukan senang tau perjalanan kerjaya seorang pelakon..