Viral

“Bomoh Ni Kata Dia Sembahyang Hajat, Konon Nama Arwah Tertera” – Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Bertaubat

12Views

Ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan rasa kesal terhadap seorang bomoh yang terlibat dalam kes pembunuhan anaknya.

Dalam satu temubual, Hawa berkata, dia sememangnya geram dan berharap individu itu menerima balasan seperti mana kesakitan yang menimpa allahyarham.

Dia juga berharap bomoh itu menyesali perbuatan dan bertaubat serta datang bertemu keluarganya untuk meminta maaf.

Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa agar bomoh tu terima balasan, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Jadi biar merasa bagaimana anak saya rasa.

Difahamkan, ‘bomoh’ yang juga bapa kepada salah seorang pelaku memberikan petunjuk mengatakan mangsa telah mengambil laptop yang hilang.

Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tentera.

Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama.

Hal itu menyebabkan mangsa dipukul supaya mengaku mencuri dan diseksa menggunakan seterika wap sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.