Salam tunangku
Di Instagram, Eyka memuat naik beberapa foto majlis pertunangannya yang dipercayai berlangsung pada 4 Ogos yang lalu.
Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga mereka sahaja. Eyka dan Akhyar kelihatan sama cantik sama padan tatkala memakai busana berwarna coklat ketika majlis pertunangan mereka.
Bukan itu sahaja, Eyka turut memuat naik foto sebiji kek dan cincin yang diterimanya ketika majlis tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat Eyka dan Akhyar. Mereka semua tidak sabar untuk melihat pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas ini.