Viral

Rakan Niaga Dakwa Mak Cik Kemboja Liat Bayar Hutang

176Views

Pandai meniaga katanya, sekali tengok banyak hutang. Itulah perkara yang didedahkan seorang rakan niaga kepada usahawan viral yang kini dikenali sebagai Mak Cik Kemboja.

Perkara itu didedahkan seorang lelaki di TikTok di mana Mak Cik Kemboja dikatakan berhutang terhadap syarikat mereka. Difahamkan lelaki itu menjalankan perniagaan menjual renda dan aksesori baju di mana mereka pernah bekerjasama dengannya.

Kata individu itu, ada rakan niaga yang berhutang dengan syarikat mereka tetapi syarikat Mak Cik Kemboja paling susah nak bayar hutang.

@lacegallery Replying to @Aalie m mat Terima kasih yang sentiasa support kami. Ramai ja yang berhutang, tapi bayaran semua cantik. Tapi makcik kemboja ni liat sungguh nak bayar? Kami dengan besar hati, nak ajak makcik dan anak makcik, jemput datang kedai kami? #lacegallery #makcikkemboja #anakmakcikkemboja #hutang#fyp ♬ original sound – PEMBORONG LACE

Sebelum ini, nama usahawan kelahiran Kemboja ini viral di media sosial selepas mengatakan orang Melayu pemalas.

Leave a Reply