Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah memaklumkan saiz bayi dalam kandungannya tidak normal dan sedikit kecil daripada usia kehamilan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aisyah berkata dia mengetahui mengenai perkara itu selepas melakukan pemeriksaan pada Selasa.
Aisyah bagaimanapun bersyukur apabila bayi itu berada dalam keadaan sihat.
Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. Insya-Allah saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat.
Alhamdulillah semalam baru detail scan dan bayi dalam keadaan yang baik, tapi agak kecil daripada umurnya.
Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Aisyah tidak menolak kemungkinan bahawa kontroversi yang sedang melanda rumah tangganya bersama suami, Alif Teega menjadi faktor saiz bayi tidak normal.
Mungkin banyak faktor, badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.
Doakan semoga bayi perempuan ini diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik. Dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk syurga.