Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza mendedahkan dirinya banyak menerima kata-kata hinaan dari netizen selepas kontroversi membabitkan anaknya bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, kata-kita hinaan itu turut juga dilemparkan kepada ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia. Allahu, janganlah sampai macam itu!
Ramai yang mesej saya dan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya. Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada.
Hanya kami mohon pada saudara seislam hentikanlah kata-kata kesat ke atas Allahyarham ibu dan ayah saya dan juga Allahyarham orang tua suami saya.
Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini. SubhanAllah.
Bukan tu jer, ibu Aliff Aziz itu juga berkata yang dia dan suami akan berlapang dada menerima setiap kata-kata yang dilontarkan netizen dan sudah pun memaafkan mereka walaupun menghantar mesej sebegitu.
Jika ingin menghina… hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah.
Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.
Yakinlah Allah mash menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita.