Hiburan

“Biar Sikit, Kerana Ia Adalah Satu Keberkatan” – Nora Danish Nasihat Para Suami Jangan Sesekali Culas Dalam Pemberian Nafkah

4Views

Pelakon jelita, Nora Danish tampil memberikan pesanan buat lelaki yang bergelar suami untuk tidak sesekali culas dalam memenuhi tanggungjawab nafkah terhadap isteri.

Nora berkata demikian setelah dia mengamati banyak kes perceraian berlaku akibat masalah kewangan di mana ia sering kali menjadi sebab dalam konflik rumah tangga.

Peguam saya ada beritahu ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan dan duit.

Walaupun hanya beri jumlah yang sedikit kepada isteri, itu sebenarnya tetap satu barakah.

Jelas Nora, meskipun seorang isteri itu tetap bekerja dan mampu menyara diri sendiri, tanggungjawab suami dalam memberi nafkah tetap tidak boleh diabaikan.

Katanya lagi, masih ramai suami di luar sana yang tidak memahami konsep asas nafkah.

Kita perlu didik orang di luar sana, terutama lelaki yang bakal bergelar suami, bahawa nafkah adalah perkara penting.

Nora juga sempat berkongsi mengenai kisah perceraiannya bersama bekas suami, Nedim Nazri yang telah banyak mengajarnya mengenai kehidupan dan keimanan.

Bila jadinya perceraian itu, Allah SWT permudahkan dan semuanya berlaku dalam tempoh singkat meskipun kemelut itu sudah berlanjuta lama.

Bila kahwin kerana cinta, cinta itu yang melukakan anda. Bila kahwin kerana tuhan, walaupun bunyi klise, barulah saya faham jalan menuju ke Allah itu indah.

Sekadar info, Nora Danish dan Nedim telah bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 setelah tujuh tahun hidup berumah tangga.