Hiburan

‘Kahwin jelah dengan “EX” aku tu’ – Sarah Yasmine sindir Ruhainies

2Views

PEMPENGARUH sensasi yang juga bekas kekasih gelap penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine bersikap sinikal apabila meminta pelakon Ruhainies berkahwin dengan lelaki itu.

Menerusi komen yang ditulis dalam akaun rasmi Instagram sebuah portal hiburan, Sarah menyindir Ruhainies yang hadir ke mahkamah hari ini sambil memakai pelitup muka.

“Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.

Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin jelah.

“Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” tulisnya

Sarah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi video mesranya dengan Aliff serta mendedahkan tangkap layar perbualan pelakon itu dan Ruhainies yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Hari ini Ruhainies dan Aliff hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

Sambil dikawal tiga pengawal peribadi, Aliff hadir memakai pakaian serba hitam manakala Ruhainies pula memakai jubah, tudung labuh dan pelitup muka.

Terdahulu, Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Mereka berdua dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.