Viral

Cik Epal Mohon Maaf Isu Jaga Maruah Dalam Iddah – “Siapa Je Kahwin Nak Cerai, Benda Ini Pertama Kali Aku Lalui”

1View

Pempengaruh Cik Epal tampil memohon maaf berikutan isu menjaga maruah semasa iddah.

Permohonan maaf

Menerusi hantaran terbahru di TikTok, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mengakui kekhilafan yang telah dilakukannya.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak itu juga berjanji akan memperbaiki kesilapannya.

Isu menjaga maruah dalam tempoh iddah tu aku minta maaf. Aku akan perbaiki kelemahan aku.

Siapa je kahwin nak bercerai, jadi benda-benda dalam iddah ni benda yang pertama kali aku lalui. Itu silap aku. Terlepas pandang.

Aku minta maaf bagi contoh yang tidak baik.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong Cik Epal dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang matang.

Minta maaf tak bermaksud awak kalah, dekat sini nampak awak yang hebat. Teruskan bersabar.

Cik Epal dengan rendah diri minta maaf, dia sedar kesilapan dia.

Semoga terus istiqamah untuk perbaiki diri, pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik.

Sebelum ini, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memberi teguran agar dia menjaga maruah diri ketika berada dalam tempoh iddah.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Cik Epal kemudian menegaskan Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: TikTok Cik Epal